Sunday, October 9, 2011

Kembalinya Mereka

Salam dan selamat sejahtera didoakn buat blog-walker..serta kwn2 sume




Kebelakangan ni banyak perkara sedih yg berlaku dlm hidup Che'Dah. What is it? Just let me n myself know about it.




But, one thing that I want to share is that...


I have lost a cat n a kitten recently. Namely Ajab and Awal...respectively.




And hope the rest will be ok n just fine. However, I leave everything for Allah to decide because from He we come...and to Him we will be back for good.




Another thing that I want to share is that..I have been appointed as Replacement Teacher /Guru Ganti also recently. Teaching English. So many things to learn as I'm new in this line of teaching. Hope I'll be able to give my very best to the students. That's all for now. Will write again..not sure when...




Che'Dah

Saturday, October 16, 2010

oh Bulan!!!











































Nota kaki: Cerita di atas ditambah dialog mengikut kreativiti Che'Dah & famili. Sekadar selingan buat tatapan kengkawan. ^_^

Friday, October 15, 2010

Ampunkan aku Ya Allah..


Salam.





Maha suci Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Maha Mengetahui akn segala yg telah, sedang dan akn berlaku. Juga selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga dan sahabat baginda. Syukur yang tidak terhingga kerana Che'Dah masih dikurniakan segala nikmat dan kelebihan sebagai hambaNya.




Hari ni sebenarnya Che'Dah xde benda nk tulis. Cuma sekadar luahan perasaan Che'Dah. Luahan? Luahan apa? Sabar2, Ni nk cerita la ni.


Pasal keluhan Che'Dah tentang betapa sukarnya suatu pementasan bernama kehuidupan (sedap jugak ayat ni mcm skrip drama la plak...hehe). Ye. Kadangkala Che'Dah juga seperti manusia lain. Mempunyai naik turun dalam hidupnya. Ada masa gembira. Ada masa senang. Ada masa sedih. Ada masa susah.


Hakikatnya, itulah kehidupan. Mengajar kita perihal kesabaran, kepercayaan, kesusahan dan keperitan. Menjadikn kita lebih kental menghadapi ujian mendatang. Betapa pn pahit, sedih dan apa jua ujian yang perlu kita lalui, igatlah kemanisan yg akn kita kecapi kelak. Kita akn rasa lebih manis, gembira dan senang apabila kita sudah pernah melalui pahit, sedih dan kesusahan. Tak gitu?


Jadi, jika sekiranya kita diuji dengan dugaan yg kita rasakan amat berat (cthnya kematian atau kegagalan mencapai apa yg dihajati)..Bersabarlah. Kerana Sebenarnya Allah sebenarnya menjanjikan sesuatu yg lebih manis kemudiannya. andai tidak terasa kemanisan tersebut di dunia, tingkatkanlah kesabaran. Kerana Allah menjanjikn kebahagian yg abadi di alam sana.


Jadi, akhir kata..


Rebutlah 5 sblm 5


Senang sblm SUSAH


Sihat sebelum SAKIT


Lapang sebelum SIBUK


Muda sebelum TUA


dan akhirnya...


Hidup sebelum..


MATI



Andai apa yg Che'Dah kongsikn di sini bermanfaat, Ambillah manfaatnya. Andai tiada.. anggaplah sekadar bacaan di masa lapang.

Thursday, October 14, 2010

UPSR dan PMR dimansuh? (part 3)

Salam.


Alhamdulillah. Segala puji untuk Dia yang maha pengasih lagi maha penyayang kerana masih memberikan setiap dari kita nafas untuk hidup sehari lagi. Dia juga lebih mengetahui apa yang telah, sedang dan akan berlaku. Juga selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga dan sahabat baginda.


Recap sikit: Sebelum ini, wujud cakap2 bahawa UPSR dan PMR perlu dimansuhkan dan digantikan dengan sistem penilaian yang baru. Berikutan isu tersebut, rundingan meja bulat yang melibatkan pandangan pelbagai pihak terhadap perkara ini telah berlangsung. Nk baca lagi klik sini.





"UPSR ditambah baik, PMR diganti dengan Penilaian Sekolah mulai 2016" dimana itu adalah hasil perbincangan meja bulat yang memperdebat akan keperluan terhadap UPSR dan PMR dalam sistem pendidikan kini.



Perkara ini juga menjadi tajuk utama kebanyakan akhbar pada 9 Oktober yang lalu. Maka, jelas sekarang bahawa UPSR masih relevan sbg penilaian untuk pelajar sekolah rendah manakala PMR ditambah baik dan dijadikan penilaian sekolah mulai 2016.



Nk baca lebih lanjut klik sini.




"Antara perubahan yang dicadang dalam proses penambahbaikan UPSR, termasuk mengambil kira bidang utama saja dengan 60 peratus penggredan berasaskan akademik terpilih dan baki 40 peratus berteraskan kokurikulum atau sivik," ulas Menteri Pelajaran Malaysia.



Sekadar respon peribadi daripada kaca mata Che'Dah sebagai guru sandaran..


Setuju!!


Walaupun PMR bakal digantikan dengan penilaian sekolah, sekurang2nya pelajar masih dimotivasikan untuk melakukan tambah nilai dalam diri mereka melalui penilaian 60:40 yang bakal diperkenal dalam UPSR.


Lagi satu, Che'Dah gembira sgt bila kementerian memberi kelonggaran sehingga 2016 sebelum sistem yang dicadangkan deserap dalam sistem pendidikan sekarang. Almaklum la, untuk satu sistem baru dipraktikkan di sekolah..guru-guru perlu diberi latihan yang secukupnya agar sistem yang diperkenal dapat mengoptimumkan pencapaian pelajar kelak.



Segala perancangan yang hendak diperkenal haruslah siap sepenuhnya sebab sistem pendidikan ni bkn eksperimen kosong...jika asyik berubah mendadak. Kesian kat bebudak tu. Dulu, masa perlaksanaan BI in Science and Math juga agak tiba-tiba. Fikirkn lah buat pihak yg terlibat. Kesannya bkn sekarang. Tapi lihatlah 10 hingga 20 tahun kelak.


Maaf andai ada salah silap dalam memberi pendapat. Hanya sekadar keprihatinan Che'Dah terhadap institusi pendidikan Malaysia tercinta. Sesiapa yg ada pendapat yg nk dikongsi bersama, amat Che'Dah alu2kn.



p/s: maaf jika ada yg merindui luahan hati Che'Dah (ada ke??hihi..). Bukan xnk berkongsi tetapi terlalu banayak komitmen tugas yang menuntut perhatian Che'Dah. InsyaAllah. Andai ada apa2 yg menarik utk dikongsi akn Che'dah coretkan wat tatapan kengkwan.

Tuesday, August 24, 2010

Bahagia seketika..

Salam.

Alhamdulillah. Segala puji untuk Allah Tuhan sekalian alam. Maha mengetahui dan maha luas ilmuNya. Selawat dan salam buat Nabi Muhammad serta keluarga dan sahabat baginda.



Maaf buat kwn2 dan pembaca2 blog yg ternnti2 entri baru Che’Dah (perasan skit..hehe). Seperti biasa, terdapat tanggungjawab dan komitmen yg tak dapat dikesampingkan. Sebelum ke tajuk utama entri ni..masih belum terlambat untuk Che’Dah mengucapkn selamat berpose buat kengkwn juga pembaca2 blog ni. Blog tentang sorang perempuan known as Che’Dah..aduh. sudah mula merepek disini. Maaf ye. Kalau x suka…bleh stop baca smpi sini. Ekekeke.. tiba2 teringat rancangan semanis kurma yg ditayangkn di TV9 yang membincangkan topic “seronok puasa atau puasa seronok?”. Tengok tak? Emm..Che’Dah bukan nk ulas apa2 pasal rancangan tu..Cuma duk teringat pasal pose sendiri. Hehe. Kengkadang rasa kurang sgt diri ni. Ye la. Pernah jugak terdetik..penatnye hari ni..panas..kalau boleh minum kn best? Sekadar renungan bahawa sesungguhnya kita perlu menikmati keberkatan dan kelebihan bulan ramadhan. Bukan sekadar mengeluh betapa penatnya..atau lemahnya kita disebabkan puasa. Sebaiknya muhasabah dan tanyalah diri kita sama ada kita menikmati kelebihan yang dijanji dalam bulan pose (seronok pose) atau sekadar bergembira memikirkan kepelbagaian hidangan di bazar ramadhan dan tak sabarnya menunggu tiba Hari raya (pose tuk berseronok…). insyaAllah. Kita masih boleh memperbaiki diri hari demi hari.



Che’Dah menulis hari ini sambil menunggu waktu berbuka. Banyak yang telah berlaku beberapa minggu kebelakangan ini. sekadar coretan buat tatapan pembaca blog ni...antaranya ada kat bawah ni...




Ops..lupa nk inform...GSTT tu refer pada guru sandaran tak terlatih...nnti Che’Dah sambung lg. Anyway..mekasih pada kwn2 kerana memberi galakan pada Che’Dah...


Ok.


Sampai sini dulu. Terbau sedap dari dapur ni. Nyum nyum...n tak terlupa selamat berbuka puasa wat sume kwn2 dan pembaca blog Che’Dah ni.

Bukak pose lepas maghrib k!!

Thursday, July 15, 2010

Tips...Tips..jadi Cikgu..


Salam.



Alhamdulillah. Segala puji untuk Allah Tuhan sekalian alam. Maha mengetahui dan maha luas ilmuNya.



Hari ni Che’Dah nak berkongsi serba sedikit apa yg Che’Dah amalkan dlm pengajaran tuisyen sambilan selama ni. Kot2 boleh membantu kwn2 atau pembaca2 blog yg berminat nk mengajar tuisyen sbg part time job. Emm..mudah2an mana yg baik dpt dijadikn panduan buat semua.



Pertama sekali..ikhlaskn niat mengajar kerana Allah.

Bagi Che’Dah ini yang utama sebab tanpa keikhlasan n niat kerana Allah apa juga yg kita lakukan sehari2 akn jd perkara yg sia2. mengharapkan pertolongan Allah dengan ilmuNya yang tiada batas adalah asas dalam kehidupan sehari-hari.



Mengharap agar dipermudah kita mengajar, dan mudah juga murid kita untuk memahaminya. Itu yang utama. Selain itu, bagi Che’Dah kalau kita da niatkan sesuatu tu kerana Allah, sepatutnya kita menjalankn apa jua pekerjaan kita dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Nape camtu? Sebab bila dah diniatkan kerana Allah, perkara yg kita lakukan tu jd ibadah kn? Jadi ibadah tu untuk Allah. Takkan kita nk main2 plak dlm beribadah ni. Tak gitu?



Kedua..sediakan rancangan mengajar sebelum kelas bermula.

Maksudnya kena la wat ’preparation’ sebelum mula mengajar. Ye la. Sebelum mengajar org lain, kita kena la paham dulu sesuatu tu kn? Nnti tak la terpinga2 bila ank murid bertanya apa yg dia tak paham tu.



Ketiga..kenalpasti kelemahan pelajar, dan atasinya dgn cara terbaik.

Berkenaan dgn pelajar ni..kebolehan setiap sorang berbeza. Kelemahannya juga begitu. Jadi, sebagaimana penyakit yang berbeza, rawatannya dan ubat yg diberi juga berbeza kn? Begitulah dgn pelajar ni. Kena kenal apa masalah/kelemahan (penyakit) barulah kita bleh bagi penyelesaian (ubat) yang betul..tak gitu kengkawan? Hehe. Sorry sbb guna bidalan penyakit ngan ubat ni. Nk memudahkn penyampaian. Ok. Itu tiga yg utama. Tapi ada lagi. Part ni kena buat lepas 3 syarat atas ni...apa dia? Baca lagi kat bawah ni..



Keempat..cuba kurangkn jurang antara guru ngan pelajar..

Emm? Paham tak? Mesti ada yg fikir..dah kalau xde jurang tu..camne plak nk mengajar? Abis ar bdk tu pijak kepala kita plak..

Nanti2..jgn pk camtu dulu. Let hear it first. Apa yg Che’Dah maksud tu adalah jgn terlalu garang (jugak tak leh terlalu baik jugak!!) ngan student. Berpada2. Kurangkn jurang dari segi pelajaran. Ambil tahu hal yg berlaku di sekolah. Bkn dgn sape dia berkwn tapi..keputusan akademiknya. Masalah dlm kelas (jika ada yg tak paham). Bersifat ambil tahu supaya tips no 3 td lebih mudah untuk dikenalpasti. Ok? Klu tak ok..kena mula balik dari no 1...hehe.



Tu je tips yg ada tuk panduan bersama. Sekadar berkongsi apa yg Che’Dah praktikkan selama ni. Mudah2an bleh membantu sesiapa juga yg berminat dlm bidang pendidikan. Kalau ada tambahan tip yg nk diberi pada Che’Dah boleh juga dikongsikan.



Pulau pandan jauh ke tengah,

Gunung daik bercabang tiga,

Hancur badan dikandung tanah,

Budi baik...InsyaAllah akn dikenang juga.




Ayah DEMAM?? (part 3)

Salam.



Alhamdulillah. Segala puji untuk Dia yang maha pengasih lagi maha penyayang kerana masih memberikan setiap dari kita nafas untuk hidup sehari lagi. Dia juga lebih mengetahui apa yg telah, sedang dan akan berlaku. Juga selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga dan sahabat baginda.



Recap sikit: Che’Dah sekeluarga pergi berjumpa Tok Lang, doktor perubatan tradisional bagi mendapatkn pendapat selain sudah berusaha berjumpa Doktor perubatan moden (gi hospital). Untuk cerita penuh klik sini.



Lepas hampir 2 jam menunggu, akhirnya tiba giliran kami berjumpa Tok Lang. Mak yg menjwb semua pertanyaan Tok Lang.



T.L: Apa masalahnya?

Mak: Ni (sambil menuding kat ayah..) dah berminggu demam ngan tak lalu mkn. Risau. Klu bleh Tok Lang tgkkn.

T.L: (memandang ayah..) apa nama suami kamu ni?

Mak: nama nya _______

T.L: oh..(sambil memegang pisau kecil, ditepi ada sebotol air mineral..)



Setelah tu Che’Dah dgr Tok Lang baca selawat, al-Fatihah dan surah2 Al-Quran dgn nada perlahan. Suasana hening seketika.




-Tok Lang tgh baca selawat dan beberapa surah Al-Quran-



Kemudian…


T.L: dah banyak kali berubat hospital ye?

Mak: Ha’ah. (sambil berbisik kat Che’Dah..tak bgtau pn dia leh teka...)


Che’Dah cuma senyum. Kemudian, Tok Lang terus meletakkan air kapur kat bdn ayah sambil menulis sesuatu. Kat bdn. Kaki. Che’Dah ngan mak serta adik tengokkan je.

Sambil berfikir2 apa yg Tok Lang buat tu..






-Tok Lang tgh sapu air kapur kat bdn ayah-


Akhirnya…Tok Lang berbicara



T.L: Dia ni ada org jaga.

Mak: ye ke?

T.L: Nmpknya camtulah.

Mak: apa ikhtiarnya klu camtu?

T.L: Emm..cubalah ye. Mudah2an Allah izinkn.

Mak: InsyaAllah. Mcm mana tu?



Lalu Tok Lang menceritakan apa yg perlu dilakukan. Ini termasuk menyediakan 7 jenis kuih dan adakan doa selamat. Antara 7 jenis kuih tu (yg Che’Dah igt adalah cucur pisang, cucur jawa, bubur putih, bubur merah....alamak..yg 3 lagi da lupa!huhu) Pastu Tok Lang berpesan supaya jgn lupa selawat dan surah2 tertentu yg perlu dibaca untuk tujuan pengubatan.



Itulah serba sedikit ceritanya. Che’Dah agak terkejut masa Tok Lang bgtau yg ayah ‘ada org jaga’. Emm..korang paham tak? Kalau tak paham baca balik story ni dr part 1. Hehe. Alhamdulillah. Kini, dgn izin Allah dan sedikit ikhtiar, ayah sudah kebah dr demam. Selera mkn pn sudah mula kembali seperti dulu. Mudah2an ayah sihat selalu. Amin.



Smpi sini dulu. Sayonara.




Tuesday, July 13, 2010

Biasiswa..siapa lebih BERHAK??


Petikan berita ditulis oleh Sukhairi Abd Thani dan Haspaizi Mohd Zain bertajuk Biasiswa wajar ikut latar belakang pada 12 Julai 2010




Che’Dah rasa terpanggil untuk memberikan pendapat tentang isu ini. Semua bermula dengan pengumuman Datuk Seri Najib pada 10 Julai di Perasmian Perhimpunan Agung MIC Ke - 64 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) iaitu:



Kerajaan menawarkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada semua pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu yang mendapat 9A+, tanpa mengira latar belakang kaum.” Lagi klik sini.



Berbagai maklum balas yg diberi atas kenyataan tersebut. Ye la. Perkara membabitkan biasiswa ni besar maknanya pada semua lapis masyarakat tanpa mengira kaum dan latar belakang.



Ada yang menyokong




Timbalan Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia, Cheng Lai Hock ” Biasiswa itu kepada semua lapisan kaum di negara ini akan membantu meningkatkan moral pelajar untuk meneruskan pelajaran dan seterusnya berkhidmat bagi pembangunan negara di masa depan”



Presiden Persatuan Gabungan India Malaysia, P Muguntha ”Pemberian biasiswa itu akan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar untuk mendapatkan keputusan lebih cemerlang dalam SPM”




Ada juga yang tidak berapa nk setuju..




Tun Dr. Mahathir Mohamad membayangkan ”Jika kekayaan negara dibahagikan secara sama rata tanpa mengikut latar belakang sosioekonomi, mereka yang ketinggalan tidak mungkin dapat mengejar golongan yang berada di hadapan. Tujuan utama pembahagian secara adil adalah supaya pendapatan rakyat daripada setiap kaum disamakan dan jurang perbezaan antara yang kaya dan miskin tidak begitu ketara. Lagi klik sini.



Presiden GPMS ”Biasiswa JPA lebih wajar diberikan kepada pelajar cemerlang berdasarkan latar belakang dan sosioekonomi keluarga, dengan keutamaan kepada pelajar luar bandar”

Manakala..


Presiden Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar ”Tumpuan harus diberikan kepada Bumiputera.” Lagi klik sini.





Bagi Che’Dah pula..

Sebelum tu elok baca skit pasal...

Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan




Seperti org lain, Che’Dah rasa pembahagian biasiswa di kalangan pelajar perlu adil. Adil tu maksudnya..yg lebih layak didahulukan sesuai dengan keperluan terhadap biasiswa dengan akademik menjadi kayu ukurnya..




Adil ni subjektif sebenarnya..tidak boleh dikatakan bahagi sama rata itu adil. Adil itu bermaksud meletakkan ’sesuatu pada tempatnya atau selayaknya sesuatu itu’..mcm mana? Jap Che’Dah bagi contoh..




Seorang suami yang berpoligami (maaf ye..contoh ni Che’Dah rasa paling mudah)..ada dua isteri..



Isteri pertama..usianya 30 an..anak 3 org..tidak bekerja..

Isteri kedua..usianya 20 an..anak sorang..bekerjaya..



Jadi mcm mana aplikasi adil dlm cite tu? Kisah lelaki yg berpoligami td? Camni la..untuk isteri pertama keperluannya apa? Barang dapur dan keperluan 3 org ank kn? Isteri kedua pulak? Sama la..barang dapur dan keperluan anak..tapi bolehkah si suami bagi nilai belanja dapur yg sama untuk kedua2 isteri atas alasan nk berlaku adil..contoh, isteri pertama dpt RM 300..isteri no 2 pn dia bagi RM 300...adil ke tak adil tu?





Ape jwpn korang? Bagi Che’Dah suami td Cuma bersikap sama rata bukan adil. Adil berlaku bila si suami memperuntukkan belanja dapur ikut ahli dlm keluarga tersebut. Contohnya isteri pertama tu..ank kn ada 3..belanjanya pasti lebih dari isteri no 2..tak gitu? Jadi wajar ke kedua2 isteri mendapat belanja yg sama? Tidak. Tapi, harus diukur kepada keperluan terhadap setiap keluarga tu..ank sorang maksudnya belanja untuk isteri kedua adalah seadilnya sedikit kurang drpd madunya..isteri pertama td..kn kwn2?





Jadi, itu lah relevannya bila Che’Dah kata adil x semestinya sama rata..tertakluk pada keperluan dengan akademik menjadi kayu ukurnya..(merujuk kepada pemberian biasiswa td..)




Jadi, kesimpulannya..pemberian biasiswa kepada pelajar seharusnya mengikut kriteria2 tertentu selain akademik yg cemerlang. Kerana jika kita buat keputusan sekadar untuk memberi peluang sama rata..mungkin nnti jurang yang lebih besar dari segi pendidikan akan wujud antara anak didik luar bandar dan bandar...




Isu ini bukan menidakkan hak pelajar yg cemerlang dan sudah semestinya layak..tetapi pembahagian yang adil dan menumpukan pembangunan secara menyeluruh adalah penting dalam merealisasikn usaha kerajaan dan negara bagi membasmi kemiskinan. Pendapat Che’Dah hanya sekadar memberi pendapat agar satu hari nnti tidak ada ckp2 bahawa kita telah ’mendiskriminasikan’ bidang pendidikan pada pihak tertentu.

Monday, July 12, 2010

Ayah DEMAM?? (part 2)




Salam.




Alhamdulillah. Segala puji untuk Dia yang maha pengasih lagi maha penyayang kerana masih memberikan setiap dari kita nafas untuk hidup sehari lagi. Juga selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga dan sahabat baginda.




Recap sikit: Sebelum ni Che’Dah ada bercerita tentang ayah Che’Dah yang mengalami demam berulang. Sambil memikirkan demam ayah yg sudah berminggu itu..Che’Dah terlelap. Untuk cerita penuh klik sini.




Oleh kerana segala usaha telah dilakukan termasuk lah berjumpa doktor di hospital dan mengamalkan sedikit amalan tradisional iaitu mandi awal pagi (sebagai contoh)..demam ayah masih berlarutan. Jadi, mak Che’Dah bercadang membawa ayah berubat secara tradisional. Bkn pe, doktor hospital pn kata yg ayah Che’Dah Cuma demam biasa. Masalahnya, apa yg merisaukan mak ngan adik beradik Che’Dah adalah demam ayah masih x kebah2 walaupun dah beberapa minggu ambil ubat.





Yang lebih membimbangkn ayah tak lalu makan. Kadang2 smpi nk bergaduh antara mak ngan ayah dek kerana mak mendesak ayah tuk sekurang2nya menjamah sesuap nasi. Emm.. sedih kn? Che’Dah yg jadi pemerhati pn sedih. Apa lagi mak Che’Dah kn?




Che’Dah ada terlepas ckp kat mak something like this ”Mak, jgn la marah ayah. Ayah xnk mkn tu nk wat camne kn?”..

N then what my mom says really which I can’t forget..was “klu tu akak anggap mak marah ayah..mungkin bagi akak. Tapi hati mak risau bila ayah tak mkn. Bila ayah tak mkn..mak pun xde rasa nk jamah makanan.” I’m not surprised. Yet feeling a bit guilty (or maybe a lot) for saying something like that. “I should not said something like that though..i think what best is trying to persuade my dad to have a pinch of food as what my mother says n not talking back..rite?” huhu. What a terrible daughter I am. I do say sorry to my mom later that nite.

Continue bout the traditional medication I mention earlier. So, we (include sis, mom and i) went to a kampung somewhere at Parit Buntar..and there my dad was to meet someone known as Tok Lang (as I heard that was what my mother called him).





A brief about Tok Lang as I able to ask my mom during my way there..he is known as a “Doktor Perubatan Islam” back at my place. Not to exaggerate too much about him, but by the time we arrive at his house (about 3 pm) there have been a plenty of people (5 families in there..n people still come before we leave) waiting their turn to see him asking for opinion and medication. Well, maybe he’s not the one making one heal after another..he just giving the way that we may not know of..But everything that happen, whether we heal or not is obviously Allah’s deal rite? Never ever worship anyone or anything more than Allah. Just a reminder to myself and the blog’s reader.




We waited. 5 minutes past. Waited. Waited. Waited. Until it was about quarter before 5 pm..its finally our turn. And later..we able to meet Tok Lang.





What happen next..




I’m not sure I can tell the whole story here. Later, I’ll continue writing about what Tok Lang have to say about my dad and the fever he was having…so till then..





Bersambung..




p/s: continue on thesis writing. Well, just want to congratz SPAIN for winning world cup for 2010. For NED, a team need to lose for another to win rite? Never feel down man..going to final does mean something…



Nota kaki: ayah Che’Dah skang da makin berselera mkn n demam da takde. Segala puji hanya untuk Dia. Maha menyembuhkan. Amin.

Friday, July 9, 2010

UPSR & PMR DIMANSUH? (part 2)

-gambar hiasan-



Salam.




Untuk membaca pandangan Che’Dah part 1 klik sini.



Sambungannya..




Memetik akhbar Berita Harian online pada 8 Julai 2010 Pemansuhan UPSR, PMR beri kesan industri tuisyen, ditulis oleh Syuhada Choo Abdullah.



“Pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) didakwa akan memberi kesan kepada industri tuisyen serta penerbitan buku ulang kaji yang bernilai jutaan ringgit.




Selain menjejaskan operasi syarikat atau pusat terbabit dalam industri berkenaan, keputusan itu sekiranya diambil oleh Kementerian Pelajaran akan turut menutup `periuk nasi ramai tutor sepenuh masa dan sebilangan besar guru yang menawarkan khidmat tuisyen secara sambilan bagi menampung pendapatan mereka yang tidak mencukupi.”

Berita penuh klik sini.


Komen Che’Dah sebagai guru tuisyen tak bertauliah..



Industri tusyen di Malaysia ni x boleh dinafikan lg kepentingannya dalam mendidik anak bangsa selain sistem pendidikan dibawah Kementerian Pelajaran. Buktinya, seramai 202,327 pelajar mengikuti tuisyen untuk UPSR, PMR, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di 2,487 pusat tuisyen berdaftar pada 2008 (sumber: Kementerian Pelajaran). Wajar sekiranya pendapat pihak terlibat diambil kira dalam membangunkan satu sistem penilaian, dimana peperiksaan tidak dihapuskan secara seluruhnya.



Bagi Che’Dah (antara pihak yang terlibat secara tak langsung dlm industri tusyen ni) ingin meminta agar pandangan dan luahan pihak pengendali tusyen dan syarikat penerbitan berkaitan tidak dipandang sepi oleh pihak Kementerian Pendidikan.



Oleh itu, amatlah diharapkan agar rundingan meja bulat pada 19 dan 27 Julai ini bagi membincangkan cadangan berkenaan di mana rumusannya akan dikemukakan kepada Menteri Pelajaran, awal bulan depan dapat mengambil kira segenap aspek dalam mempertingkat tahap penilaian dalam sistem pendidikan di Malaysia terutamanya di peringkat UPSR dan PMR.





Biar apa pun keputusannya, pandangan pelbagai pihak dari latarbelakang berbeza perlu diambil kira bagi memastikan anak bangsa kita terdidik dan menjadi insan yang seimbang dari segi jasmani dan rohani.




Jangan nanti seperti pepatah

”Rumah siap, pahat masih berbunyi”...